Saturday 19 February 2011

Apa itu Import Diapers?

Apa itu Import Diapers Grade B?

Kenapa Grade B, kenapa tidak Grade A?

Jangan ragu, jangan bimbang. Grade A dan B ini tidak dibezakan oleh kualiti sesuatu diapers. Tapi lebih kepada faktor-faktor fizikal barang tersebut.

Mmm..dalam ertikata yang mudah. Pernah dengar baju reject? Baju reject adalah baju baru yang telah mengalami 'sedikit kesilapan' semasa proses menjahit/printing. Baju ni tetap baru, bukan 2nd hand, bukan bundle.

Sama macam diapers Grade B, ada sesetengah tu disebabkan kegagalan memenuhi QC sesuatu kilang (standard setiap negara berbeza..).  So apa yang diorang buat? Takkan nak lupus/buang banyak-banyak diapers yang dah di reject tadi.

Diapers grade B ni tadi akan dijual kepada agen-agen tertentu yang menjalankan kerja-kerja mengeksport diapers grade B ini ke luar dari negara mereka.

So, agen ini yang mengumpul diapers dari pelabagai kilang akan terus menghantar kepada pengimport di Malaysia dalam bentuk kontena.

Memandangkan diperolehi daripada pelbagai kilang, maka tak hairanlah diapers grade B ni banyak sangat design, warna-warni, saiz, jenama dan macam-macam lagi.